Bahasa Melayu Pahang

Bahasa Melayu Pahang
بهاس ملايو ڨهڠ
Base Pahang/Cakak Pahang
Pahang (merah) di Malaysia
Asli kepadaMalaysia
Kawasan Pahang
EtnikOrang Melayu Pahang
Penutur bahasa
2,000,000
Austronesian
Dialek/loghat
  • Pekan
  • Benta
  • Raub
  • Ulu Tembeling
  • Rompin
  • Temerloh
  • Kuala Lipis
  • Bentong
Kod bahasa
ISO 639-3

Bahasa Melayu Pahang (Jawi: بهاس ملايو ڨهڠ) ialah sebuah Bahasa Austronesian dan suatu varian bahasa Melayu yang ditutur di negeri Pahang, Malaysia. Bahasa ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir termasuk di sekitar Pekan dan Rompin; bahagian Pahang Tengah termasuk di sekitar Maran, Bera, Temerloh dan Chenor; serta bahagian Pahang Hulu termasuk di sekitar Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Tanah Tinggi Cameron. Manakala bahasa yang dituturkan di Pulau Tioman iaitu Bahasa Melayu Tioman dianggap berbeza daripada bahasa ini. Bahasa ini juga sering dianggap sama dengan Bahasa Terengganu dan Bahasa Kelantan. Bahasa ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi penuturan dan istilah yang digunakan. Kebanyakan istilah tersebut tidak ada dalam Bahasa Melayu Piawai dan disebut dengan sebutan berbeza. Agak jarang bahasa ini digunakan kerana takut dapat membatasi komunikasi antara masyarakat. Secara umum masyarakat pengguna Bahasa Melayu tidak menyedari kewujudan varian ini dan dianggap bahawa varian tersebut ialah Bahasa Melayu Piawai.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne